Jangan Duduk Di Pinggir Jalan Kecuali?
JANGAN DUDUK DI PINGGIR JALAN KECUALI?
Nabawi Daripada Abu Sa'id Al-Khudriy r.a., daripada Nabi SAW, baginda bersabda, "Janganlah kamu duduk-duduk di pinggir jalan." Mereka berkata, "Itu ialah kebiasaan yang kami lakukan kerana itu menjadi tempat pertemuan kami bergurau senda" Baginda bersabda, "Jika kamu tidak mahu meninggalkan pertemuan seperti itu, maka tunaikanlah hak jalan tersebut." Mereka bertanya, "Apakah hak jalan itu?" Baginda menjawab, “Menundukkan pandangan, menyingkirkan halangan, menjawab salam, dan amar ma'ruf nahiy munkar." (Sahih Bukhari, Juz 2, No. Hadis 2465, 1422 H: 213.)
Islam mengajar kita menjaga adab di tempat awam. Jangan mengganggu orang lain, menjaga pandangan, membantu menghilangkan bahaya, menjawab salam dan mengajak kepada kebaikan.
Jalan bukan sekadar tempat untuk kita lalui, tetapi ada hak orang lain yang perlu kita jaga. Jangan sampai kehadiran kita menyusahkan orang. Jadilah insan yang membawa keselamatan, keselesaan dan kebaikan kepada orang di sekeliling. “Jaga hak jalan, jaga hak insan. Itulah akhlak seorang Muslim.” Wallahu’alam.
#ingatkanaku
#sebarkan
