Jangan Membenci, Doakan Hidayah
JANGAN MEMBENCI, DOAKAN HIDAYAH
Daripada Abu Hurairah r.a dia berkata, “Seseorang pernah berkata, 'Ya Rasulullah, doakanlah untuk orang-orang musyrik agar mereka celaka!' Mendengarkan hal itu, Rasulullah SAW menjawab, 'Sesungguhnya aku diutus bukanlah untuk menjadi penghukum, tetapi aku diutus sebagai rahmat.” - Hadis Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Juz 4, No. Hadis, 2599: 2006-2007.
Hadis ini menunjukkan akhlak mulia dan sifat rahmat Rasulullah SAW. Ketika diminta supaya mendoakan kebinasaan orang-orang musyrik, Baginda tidak memilih untuk mencela atau mendoakan keburukan, sebaliknya mengingatkan bahawa Baginda diutus sebagai rahmat kepada seluruh alam. Allah SWT berfirman: “Dan tidaklah Kami mengutuskanmu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah al-Anbiya’: 107). Rahmat Rasulullah SAW bukan bermaksud membenarkan kesalahan tetapi Baginda sentiasa mengutamakan kasih sayang, nasihat, dakwah dan peluang untuk manusia kembali kepada Allah SWT.
Kadangkala kita mudah mendoakan keburukan kepada orang yang menyakiti kita. Namun Rasulullah SAW mengajar kita agar tidak membalas keburukan dengan keburukan. Kita mungkin tidak mampu mengubah hati manusia tetapi kita boleh memilih untuk menjadi insan yang membawa rahmat bukan kebencian. Wallahua’lam.
#ingatkanaku
#sebarkan
