Agama Itu Nasihat
AGAMA ITU NASIHAT
Hadis Nabi ﷺ: “Agama itu adalah nasihat.”
Para sahabat bertanya: “Untuk siapa?” Baginda ﷺ menjawab: “Untuk Allah SWT, kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum Muslimin dan seluruh kaum Muslimin.” - Riwayat Muslim.
Hadis ini mengajar kita bahawa Islam bukan sekadar ibadah kepada Allah SWT tetapi juga saling menasihati dalam kebaikan. Nasihat dalam Islam bukan bermaksud mencari kesalahan orang lain. Nasihat hendaklah diberikan dengan ikhlas, lembut dan penuh kasih sayang. Kadang-kadang kita melihat seseorang melakukan kesilapan. Jangan terus menghukum atau memalukannya di hadapan orang ramai. Tegurlah dengan cara yang baik kerana mungkin suatu hari nanti kita pula yang memerlukan nasihat.
Jangan jadikan nasihat sebagai alasan untuk menunjukkan kita lebih baik daripada orang lain. Nasihat yang ikhlas bukan untuk menjatuhkan tetapi untuk mengangkat. Bukan untuk memalukan tetapi untuk menyelamatkan. Bukan kerana kita sempurna tetapi kerana kita sama-sama ingin menjadi lebih baik. Allah SWT berfirman: “Dan hendaklah kamu saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” - Surah al-'Asr: 3. Jadilah orang yang apabila menasihati, orang rasa disayangi bukan dihina. Wallahua’lam.
#ingatkanaku
#sebarkan
