Biarkan Imam Telah Sempurnakan Rukunnya, Barulah Kita Ikut
BIARKAN IMAM TELAH SEMPURNAKAN RUKUNNYA, BARULAH KITA IKUT IMAM
Daripada al-Barā’ bin ‘Āzib beliau berkata: “Apabila Rasulullah ﷺ mengucapkan ‘Sami‘allāhu liman hamidah’, tidak seorang pun daripada kami membongkokkan belakangnya untuk sujud sehingga Nabi ﷺ benar-benar telah sujud. Kemudian barulah kami sujud selepas baginda. - Riwayat al-Bukhari, no. 690 dan Muslim, no. 474).
Hadis ini mengajar makmum supaya mengikuti imam dan tidak mendahuluinya dalam pergerakan solat. Apabila imam bangun daripada rukuk dan membaca “Sami‘allāhu liman hamidah”, makmum hendaklah bangun dan berdiri tegak terlebih dahulu. Jangan terus turun sujud sebelum imam melakukannya. Rasulullah ﷺ juga bersabda bahawa imam itu dijadikan untuk diikuti — apabila imam rukuk, makmum rukuk; apabila imam bangun, makmum bangun; dan apabila imam sujud, makmum sujud.
Solat berjemaah bukan sekadar berdiri bersama-sama, tetapi belajar untuk taat, tertib dan tidak mendahului. Jangan terlalu tergesa-gesa dalam solat sehingga pergerakan kita mendahului imam. Dalam kehidupan juga begitu tidak semua perkara perlu kita dahului. Belajar menunggu, belajar mengikuti dan belajar taat. Wallahua’lam.
#ingatkanaku
#sebarkan
