Bersediakah Kita Untuk Kembali Bertemu Kepada Allah Swt


Bersediakah Kita Untuk Kembali Bertemu Kepada Allah Swt

BERSEDIAKAH KITA UNTUK KEMBALI BERTEMU KEPADA ALLAH SWT

Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung pada pengakhirannya.” — Riwayat al-Bukhari.

Hadis ini mengingatkan kita bahawa yang sangat penting bukan sahaja bagaimana kita memulakan kehidupan tetapi bagaimana kita mengakhirinya. Persaraan daripada pekerjaan sepatutnya menjadi permulaan fasa mendekatkan diri kepada Allah SWT bukan pengakhiran aktiviti kehidupan. Salah satu doa yang boleh diamalkan setiap hari.

“???? Ya Allah, kami memohon kepada-Mu pengakhiran hidup yang baik dan kami berlindung dengan-Mu daripada pengakhiran hidup yang buruk.”

Usia tua dan persaraan adalah peluang memperbanyakkan solat, zikir, al-Quran, sedekah dan amal jariah. Jangan hanya bersedia untuk menikmati persaraan tetapi bersedialah untuk kembali kepada Allah SWT. Ingat, masa itu adalah EMAS dan tidak dapat diputarkan kembali. Wallahua’lam.

#ingatkanaku
#sebarkan