Istiqamah Amalan Yang Dicintai Allah Swt


Istiqamah Amalan Yang Dicintai Allah Swt

ISTIQAMAH AMALAN YANG DICINTAI ALLAH SWT

Aisyah berkata, "Sesungguhnya pada suatu malam Nabi SAW pernah membuat khemah dengan tikar (di masjid) lalu solat di dalamnya dan menghamparkan tikar itu di siang hari untuk duduk. Maka orang-orang pun berkumpul di sekeliling Nabi SAW untuk mengerjakan solat malam menjadi makmumnya, sehingga orang-orang semakin ramai, kemudian baginda menghadap kepada mereka seraya bersabda, 'Wahai sekalian manusia, beramalah sebanyak mana yang kalian mampu, sesungguhnya Allah SWT tidak akan bosan sehingga kalian berasa bosan beramallah. Dan sesungguhnya amal yang paling dicintai Allah SWT adalah yang dikerjakan secara dawam (terus menerus) walaupun sedikit.'" (Hadis Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, Juz 4, No. Hadis 5861, 1400 H: 67).

Hadis ini mengajar kita bahawa Islam tidak menghendaki kita beribadah secara berlebihan sehingga akhirnya kita merasa penat dan meninggalkan amalan tersebut.
Allah SWT lebih menyukai amalan yang konsisten dan berterusan, walaupun kecil.
Contohnya:
1️⃣Membaca al-Quran 1–2 muka surat setiap hari.
2️⃣Bersedekah walaupun RM1 setiap hari.
3️⃣Berzikir selepas solat.
4️⃣Solat sunat secara istiqamah.
5️⃣Membantu orang lain secara berterusan.
6️⃣Berselawat setiap hari.

Yang penting bukan hanya banyaknya amalan tetapi istiqamah dalam melakukannya. Kadang-kadang kita mahu berubah menjadi lebih baik dengan melakukan terlalu banyak perkara dalam satu masa. Akhirnya kita letih, bosan dan berhenti. Jangan tunggu mampu melakukan amalan yang besar. Mulakan dengan amalan kecil tetapi terus dilakukan. Wallahua’lam.

#ingatkanaku
#sebarkan